Tuesday 22 October 2013

Hadiah

Pelajar .
Dengan ini , aku sekali lagi digelar pelajar . Kalau dulu pelajar sekolah , tapi detik ini semuanya bertukar . Aku ialah mahasiswa  (macam poyo je bunyi nya ) . Hehehe

Bermulalah satu kehidupan yang baru . Satu kehidupan yang terlalu asing . Kehidupan yang selalu aku bayangkan . Kalau berangan , haa benda nilah yang masuk dulu .  Hmm alaa , yang macam dalam tevi tuuu . Ihikss .

Siapa tak pernah berangan masuk u , pergi kuliah , ramai kawan .. Kan ?


Alhamdulillah .

Walaupun terpaksa tempuh moment moment perit dalam hidup , akhirnya aku dihadiahkan dengan ini . Aku diterima oleh YU TI HESH EMM untuk mengambil aku menjadi antara ribuan pelajar di situ . Alhamdulillahh .
Paling penting , aku dapat buktikan kat dekat orang yang perlekehkan “budak budak “ tingkatan 6 . Hmm maklumlahh , orang lain berpusu-pusu masuk u ,matrik, asasi yang tak dapat u tu beriya-iya  masuk kolej kann . Masa tu tutup mukaa je sebab masuk tingkatan 6 . Yela , sebab jadi “budak” sekolah semula kann . Kena pakai baju sekolah , kasut sekolah . Kawan lain semua pakai heels lah , baju tu lah ni lah . Kan ?

At the last , aku dengan beberapa kawan yang sama-sama masuk tingkatan 6 tu lah yang melompat double triple step terus buat degree . Haih , gilaaa tak seronok . Belajar setahun setengah , terus buat degree . Yang masuk u dulu dulu tu tengah stress layan final exam . kikikiki

Apa pun , inilah kehidupan . Bergantung pada diri sendiri . Pandai ke bodoh ke , itu belakang cerita . Usaha paling penting . Sbbnya aku ni tak pandai mana pun , kalau pandai confirm u berebut-rebut amek aku . Hahaha .

Berada di universiti dan berada di tahap ijazah bukan mudah . Dulu tingkatan 6 hanya mengadap buku tak pernah langsung hiraukan orang sekeliling . Tapi skrg , orang sekeliling itu penting dan buku itu hanya kawan tika suka duka sahaja . Hahaha

Semoga berjaya Hani . Empat tahun bukan tempoh yang lama . Percayalah , pejam celik pejam celik tiba-tiba dah kena mengadap final year yanggggg menusuk ke kalbu . Hahaha . 

No comments: