Pelajar .
Dengan ini , aku
sekali lagi digelar pelajar . Kalau dulu pelajar sekolah , tapi detik ini
semuanya bertukar . Aku ialah mahasiswa (macam poyo je bunyi nya ) . Hehehe
Bermulalah satu
kehidupan yang baru . Satu kehidupan yang terlalu asing . Kehidupan yang selalu
aku bayangkan . Kalau berangan , haa benda nilah yang masuk dulu . Hmm alaa , yang macam dalam tevi tuuu . Ihikss
.
Siapa tak pernah
berangan masuk u , pergi kuliah , ramai kawan .. Kan ?
Alhamdulillah .
Walaupun terpaksa
tempuh moment moment perit dalam hidup , akhirnya aku dihadiahkan dengan ini .
Aku diterima oleh YU TI HESH EMM untuk mengambil aku menjadi antara ribuan
pelajar di situ . Alhamdulillahh .
Paling penting , aku
dapat buktikan kat dekat orang yang perlekehkan “budak budak “ tingkatan 6 . Hmm
maklumlahh , orang lain berpusu-pusu masuk u ,matrik, asasi yang tak dapat u tu
beriya-iya masuk kolej kann . Masa tu
tutup mukaa je sebab masuk tingkatan 6 . Yela , sebab jadi “budak” sekolah
semula kann . Kena pakai baju sekolah , kasut sekolah . Kawan lain semua pakai
heels lah , baju tu lah ni lah . Kan ?
At the last , aku
dengan beberapa kawan yang sama-sama masuk tingkatan 6 tu lah yang melompat
double triple step terus buat degree . Haih , gilaaa tak seronok . Belajar
setahun setengah , terus buat degree . Yang masuk u dulu dulu tu tengah stress
layan final exam . kikikiki
Apa pun , inilah
kehidupan . Bergantung pada diri sendiri . Pandai ke bodoh ke , itu belakang
cerita . Usaha paling penting . Sbbnya aku ni tak pandai mana pun , kalau
pandai confirm u berebut-rebut amek aku . Hahaha .
Berada di universiti
dan berada di tahap ijazah bukan mudah . Dulu tingkatan 6 hanya mengadap buku
tak pernah langsung hiraukan orang sekeliling . Tapi skrg , orang sekeliling itu
penting dan buku itu hanya kawan tika suka duka sahaja . Hahaha
Semoga berjaya Hani .
Empat tahun bukan tempoh yang lama . Percayalah , pejam celik pejam celik
tiba-tiba dah kena mengadap final year yanggggg menusuk ke kalbu . Hahaha .