Tuesday 8 April 2014

05 April 2014 - kehilangan

bismilahirahmanirahim ...

tarikh 05 April 2014 . belum sempat hari melabuhkan tirainya , satu pengkhabaran diterima mengatakan kau telah dijemput yang ESA .

ALLAH ,
aku kehilangan sahabat rapat aku.
belum genap seminggu dari tarikh kau text aku untuk jumpa , kau pergi terlebih dahulu .


Allah , sukarnyaa untuk aku terima . kawan rapat ketika form 6 dulu . susah senang . sama-sama jadi pendorong . sama-sama memberi semangat untuk berjaya . paling tersentuh , kita sama-sama bersaing dalam setiap subjek dan janji nak masuk U sama-sama. janji nak jaga aku dekat u tu nanti . janji nak grad sama-sama .

ALLAH ...
 tapi janji Allah itu lebih pasti .
kau dijemput terlebih dahulu dari yang lain merupakan janji Allah .

Zaizul Azizi bin Abd Manaf.
sangat yang merendah diri .
sangat ceria .
gelagat yang menghiburkan orang lain .
peramah .
rajin .
serius dalam setiap kerja yang kau buat.
tempat mengadu masalah .
yang pasti , kau anak yang soleh .

benar .setiap yang dekat dengan kematian akan berubah lakunya .

alhamdulillah , banyak sangat kebaikan kau . sehingga ke liang lahad , orang sekeliling masih bercakap tentang kebaikan kau .
seolah-olah kau dah bersedia untuk mengadap yang Esa .
segala persiapan sudah dipersiapkan , cuma orang sekeliling yang tidak perasan .

alhamdulillah , aku pasti , ibu ayah kau insan paling beruntung memiliki anak seperti kau . pemergian kau sangat dirasa . anak yang sangat baik , pasti ibu ayah kau sedang merindui semua gelagat kau .

berkesempatan untuk berjumpa dengan kau kali terakhir . sebak . wajah yang dulunya suka sangat tersenyum , dan diakhir waktunya juga masih tersenyum . ye , aku tahu kau sedang menuju bahagia di sana . :)

tiada langsung calar-balar yang menunjukkan kau kemalangan . sungguh , kau kelihatan sangat handsome .  masih terbayang-bayang lagi wajah terakhir kau . damai . tenang .
meskipun , hampir 24 jam kau tidur . dan telah disimpan dalam peti semalaman , kau langsung tak pucat . tapi masih kelihatan merah . kelihatan kau sedang nyenyak tidur .

alhamdulillah . segala perjalanan hidup kau disusun rapi oleh-Nya .
meski kau tak berpeluang merasa kehidupan di universiti tapi kau masih berpeluang berbakti kepada kedua-dua orang tua kau , dan keluarga . itu lah hikmahnya , kenapa Allah melambat-lambatkan kemasukan kau di u . rupanya Allah mahu kau disamping keluarga . hebatnya Allah merancang untuk hamba-Nya yang dikasihi .kau insan bertuah .

terima kasih ya Allah . beri keizinan untuk aku kenal insan bertuah ini .
walaupun perkenalan yang singkat . kita sangat  rapat .

terima kasih jadi bodyguard aku dulu . terpaksa menyusahkan kau untuk teman aku pergi mana-mana kat sekolah dulu . takut kena kacau .
terima kasih sabar layan aku .
maafkan aku segala gurau-gurau kasar dengan kau .
terima kasih terima kasih terima kasih .

walaupun semangat aku hilang ,
 aku cuba untuk kuat .
 belajar selagi mampu .
kau tetap pendorong aku .
tetap menjadi inspirasi aku .
 sijil ijazah yang bakal aku genggam , milik kau juga , :)

terima kasih atas perkenalan ini ya Allah .

banyak yang nak dikongsi , tpi setakat ini shj . yang lain , biarkan la jadi ingatan buat diri sendiri .

Al - Fatihah ,buat mu di sana . Bidadari sedang menanti mu sahabat . :)


Wednesday 1 January 2014

rezeki

bismlilahirahmnirahimm . alhamdulillah . 1 januari 2014 . 3 sudahpun bertukar angka .
alhamdulillah . tak terkata nikmatnya .
2013 , satu tempoh tahun yang begitu banyak rezeki yang dikirimkan,
apa yang dihajatkan selama ni , alhamdulillah .
perlahan-perlahan Allah realisasikan .
cuma satu , impian ibu ayah nak ke tanah suci masih tak dicapai .
in sha Allah , pasti ada suatu hari  Allah akan hantar ibu ayah ke sana . aminn


terlaluu banyak rezeki yang Allah beri .
namun , aku masih lagi dalam golongan yang tidak bersyukur .
masih lagi meminta minta , sedangkan suruhan Allah itu pun masih tak ikut.


ALLAH , terima kasih atas rezeki Mu yang tak terkata banyaknya .
berkat doa ibu ayah yang tak putus putus , anak-anaknya perlahan menerima kebahagiaan .

Ya ALLAH , teguh kan iman ku ini . berikan aku kesempatan untuk membahagiakan hati ibu ayah . Engkau perkenankanlah doa mereka untuk melihat kebesaranMu di Tanah Suci Mu Ya Allahh .

amin ...

Wednesday 18 December 2013

coretan

terpanggil untuk aku coretkan sedikit perkongsian di sini ,
kerana apa ? kerana untuk aku sentiasa muhasabah diri . ingat Allah , ingat Mak Ayah , ingat keluarga .

aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku memulakan coretan ini .
dua tahun lepas ,
saat aku menjadi salah seorang pelajar tingkatan enam
situ lah aku mula kenal beliau
beliau ialah guru bagi subjek perniagaan aku 
seperti pelajar lain 
aku turut punya guru kesayangan 
guru yang aku sangat hormati kerana pengalaman kehidupan beliau
guru yang aku anggap seorang kakak
guru yang aku tunggu untuk masuk ke kelas

belum genap setahun dia mengajar 
dia terpaksa berhenti mengajar 
kerana anak tunggal beliau disahkan menghidap leukimia 

waktu itu , keadaan berubah sekelip mata 
beliau tinggalkan aku dan rakan yang lain berdikari menuntut ilmu dengan guru lain
tapi , mana mungkin
suasana yang sangat tegang untuk aku hadapi
hari-hari aku dan yang lain berharap agar beliau datang untuk mengajar seperti sebelum

akhirnya, kami semua dikejutkan dengan kehadiran beliau ke sekolah
waktu tu , hanya Allah je yang tahu
betapa gembiranya hati ni
dari jauh aku lihat beliau 
air mata sudah tak berhenti-henti keluar
aku tak mampu pandang wajah beliau
bagi aku , ada 1001 suka duka pada wajah beliau
senyuman yang aku rindu
aku terus dakap dan tidak berhenti sebut " saya rindu cikgu , saya rindu cikgu "

pertemuan yang singkat 
meskipun rasa kehilangan sehingga kini 
aku tahu , beliau sedang berjuang untuk anaknya

dan kini , hampir setahun 
dengan izin Allah
anak beliau kembali pulih
aku tumpang gembira 
aku hanya mampu kirimkan doa agar beliau kuat
senyuman terukir kembali 
meskipun dugaan mu terlalu besar 
aku tahu  Allah ada perancangan yang terbaik untuk beliau dan anaknya
semoga tabah 

ini antara luahan hati beliau 

"Saat dia terpaksa lalui semua ini
Saat ujian itu terasa bagai tidak tertanggung
Saat dia hilang ingatan kerana kimoterapi
Saat dia lupa dengan perkataan 'ibu'
Saat itu..
Hanya saya di sisi dia
Dan hanya Allah di sisi saya
Saat itu..
Hati hanya memohon agar dia buka mata semula
Dan mampu menyebut perkataan 'ibu'
Saat itu..terasa perjalanan ini sangat panjang
Pesan sahabat..
Letakkan pengharapan dan kebergantungan kita pada Yang Esa
Dia akan hadirkan pertolongan yang tak dijangka

Alhamdulillah..
Dia makin sihat,dia kuat..
Sungguh benar sahabat..
Pertolongan Allah itu tidak selalu hadir
Tapi bila ia hadir
Ia hadir pada masa yang tepat

"Allahu akbar wa lillah hilhamd" "




-hanya sekadar perkongsian-